SOMEONE TOLD ME : YOU CAN GIVE WITHOUT LOVING, BUT YOU CAN NEVER LOVE WOTHOUT GIVING

aku cheng :P

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 16, 2011

perangai lelaki ketika bersama rakan dan kekasih

Korang sume tau x, perangai sorang laki tu lain 
bila bersama dengan kekasih hatinya dan 
rakan-rakan? kebanyakan lelaki tak tunjuk 
perangai sebenar ketika bersama rakan-rakan
 dengan kekasih hatinya.. contohnya seperti 
aku sendiri, kalau dengan rakan-rakan, aku 
kuat menyumpah tapi kalau dengan awek, aku
 pijak semut pun tak mati.. kah kah kah.. 
dan yang paling majoritinya ialah lelaki 
tidak pandang awek hot lain ketika bersama 
kekasih hatinya tetapi apabila bersama rakan-rakan 
adalah sebaliknya.. 





inilah apa yang lelaki paham sesama 
lelaki.. jadi sekiranya seorang lelaki 
itu membawa kekasih berjumpa rakan-rakan pun, 
rakan-rakan boleh paham bahawa lelaki itu 
kena 'kontrol' perangai sikit depan kekasih 
hati.. ini bukanlah rahsia lelaki.. 
kaum wanita tidak perlu risau sekiranya 
suami atau teman lelaki anda berperangai 
lain macam ketika bersama rakan-rakan.. 
ini normal.. tapi pastikan teman lelaki 
atau bakal suami anda berkawan dengan rakan 
yang baik..

kenapa rakan yang baik? contohnya kalau 
ada rakan aku gatal nak mengurat awek hot 
lain (sedangkan dia dah ade awek), aku 
besenye sound je terus.. tapi kalau 
setakat pandang jeling-jeling, itu 
adalah normal.. hahaha.. tapi ada juga manusia 
setan yang suka menghasut.. jadi kepada 
perempuan diluar sana, kenalilah pasangan 
anda dan rakan-rakan mereka sekiranya boleh..
 untuk tidak membuang masa, aku nak 
kongsi antara perangai rakan-rakan 
aku yang tidak diketahui oleh teman wanita 
atau awek2 dorang..

ada kawan aku sorang ni hensem, smart, rambut sentiasa terurus.. tapi bilik macam sarang tikus.. bau longkang.. kadang-kadang berak pun malas nak pam.. kah kah kah

ada kawan aku sorang ni kalau nak jumpak awek, wangi gilababy.. tapi sebenarnya masa dia keluar tu, dia tak mandi pun..

ada kawan aku sorang ni kalau bersama dengan awek, kontrol macho nak mampus.. tapi kalau kat rumah sewa, dia suka calit taik hidung kat tombol pintu dan kadang-kadang dia kentut dalam peti ais..

ada kawan aku sorang ni kalau awek dia call malam-malam, dia selalu jawab call tu buat suara lemah longlai kononnya tengah tidur.. padahal tengah main DOTA..

ada kawan aku sorang ni kalau dengan awek dia, segala-gala dia yang paling hebat, dia yang paling kuat, dia yang paling otai.. tapi kalau dengan rakan-rakan, dia la yang selalu kena 'bahan'..

ada kawan aku sorang ni kalau dengan awek dia, direct dia ja yang belanja awek dia, bagi itu bagi ini, semua sebab nak tunjuk yang dia BERduit la kononnya.. padahal balik rumah makan megi..

ada kawan aku sorang ni (mat kelabing la kononnya) pegi kelab naik motor parking jauh-jauh.. tapi cakap kat awek dia ada kawan datang hantar.. kah kah kah.. jatuh stended la mat kelabing naik motor..

Hahaha...setakat ni je la yang aku boleh bgtau 
antara perangai laki ngan member2 atau awek2 dia..
nak bgtau lebih2 x leh gak nt kantoi la perangai 
aku cmane..haha

Monday, January 17, 2011

arghhh,,,,,,

aku bosan dgn keje...tpi impian masih x jdi knyataan....camne?? camne??? harap2 semangat masih ade utk ttp teruskn mende yg aku dah start sblm ni....tetttttt~~

Wednesday, January 12, 2011

Senyum~~

senyum pada hakikatnya adalah salah satu anugerah indah dari tuhan.. tuhan sengaja menganugerahkan senyum sebagai sebahagian dari keindahan manusia.. sayangnya, anugerah indah ini, tidak banyak ditemui di wajah banyak manusia.. senyumlah.. kerana dengan senyuman kita mampu membuatkan orang menyukai, mencintai, senang dan selesa dengan kita.. senyum itu juga sedekah.. tidak ada kekurangan atau disadvantage pun kalau kita semua ringan memberi senyuman..



baru baru ini, aku terdengar alunan lagu ciptaan dan nyanyian malique feat najwa bertajuk "senyum" di radio.. lagu ni memang best.. terasa nak senyum sorang-sorang bila dengar lirik dia.. .. senyumlah..

Sunday, January 9, 2011

yaNg pERtaMa~~

Setiap dari kita, tentunya ada banyak pengalaman yang pertama. Pertama kali ke sekolah. Pertama kali ke dusun buah-buahan. Pertama kali jatuh cinta. Pertama kali dilukai. Pertama kali bernikah. Pertama kali kehilangan orang tersayang. Dan macam-macam lagi 'yang pertama'.

Kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. Tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. Tanpa yang pertama, mustahil ada yang kedua.

Kata orang lagi, yang pertama selalunya yang terindah. Yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. Yang pertama selalunya sangat sukar untuk dilupakan.

Kata orang lagi, luka yang pertama adalah luka yang paling dalam dan paling sukar untuk disembuhkan, walaupun tidak berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam jiwa dan sabubari.

Hebatnya penangan pertama. Ada orang sanggup berkorban apa saja demi memastikan 'yang pertama' sentiasa kekal dalam genggamannya. Ada orang sanggup mengharungi lautan api demi pertahankan yang pertama. Sungguh, yang pertama selalunya mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.

Persoalannya. Mengapa? Apakah keistimewaan dan keajaiban yang ada pada 'yang pertama'?

Adakah kerana kemampuan otak kita yang terbatas? Cuma mampu menyimpan kemas memori untuk kali pertama sahaja? Kemudian seterusnya adalah caca merba? Atau kerana kita terlalu menyayangi memori yang kita cipta, menyimpannya kukuh dalam ingatan dan enggan menerima memori yang baru? Atau kenapa?

Misteri yang hanya mereka yang berkenaan, dan Allah sahaja yang tahu..

Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar namun untuk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar. Oleh itu, kita sering memandang kebelakang, mencari yang pertama sehingga kerap mengenepikan yang lain-lain walaupun berkemungkinan, yang kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama.

Mencari pelangi pertama yang pernah kita tatap, kononnya itulah pelangi paling indah yang pernah kita nikmati tanpa mempedulikan pelangi-pelangi lain yang jauh lebih menawan. Hanya kerana ia adalah yang pertama.

Indah dan bahagia menjadi yang pertama, namun suratan Ilahi tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan buat kita. Di dunia ini kita adalah pengembara, yang berjalan merentasi masa. Bermulanya kita seorang bayi, kemudian mendekati mati yang kita sendiri tidak tahu di mana garis akhirnya. Dalam hidup ini, ada suka dan duka. Ada pahit dan manis. Firman Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita miliki hari ini.

Mungkin 'yang pertama' pernah kita kecapi tidak semanis madu, namun bersyukurlah kerana ramai lagi insan lain yang mengharungi 'yang pertama' dengan air mata dan darah. Andai yang pertama kita indah, berwarna-warni ibarat pelangi, maka bersyukurlah dan hargailah setiap dari anugerah pemberian-Nya, kerana kita tidak tahu, apa yang menanti kita pada esok hari.

Yang pertama tidak semestinya yang terindah, namun, apa yang ada dalam genggaman kita hari ini adalah anugerah dan pemberian dari-Nya, maka, hargailah dengan sebaik yang mungkin, kerana esok, belum tentu lagi ia menjadi milik kita...

Dengan lafaz bismillah. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah.

Wallahua'alam....

amer~

testing :)

hai hai :P salam perkenalan to all bloggers, okey, nak diberitahu, aku baru di alam yang serba serbi canggih ni, maklumlah, lepas satu satu, so, nak dipanjang dan pendek kan cerita, aku telah memulakan langkah untuk berbelog belog nih pulak, haha, :)

so, to semua kawan2 yang mengenali daku ni, marilah kite memeriahkan dunia belog pulak, okey tak ?? 

have a nice dayyy :)

ini adelah tuan taiko punya blog ini, kenal kan?? haha
lalala~~ 

1st impression??????